Saturday, August 4, 2018

AKTIVITI WAKTU SENGGANG

Oleh: Siti Nursabirah binti Mohd Nor
Gambar: Aaron Aidil bin Syazwan

Pada 3 Ogos 2018, ADSKN telah mengadakan aktiviti untuk mengisi masa lapang. Aktiviti ini diadakan di tapak perhimpunan SK Nyalas. Aktiviti ini dilakukan untuk mengisi masa senggang pelajar asrama pada hujung minggu. Akviti ini telah dikelola oleh Biro Asrama Desa SK Nyalas. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah 'passing' bola, Malaysia Boom, membina ayat majmuk dan Doktor Quack Quack.