Saturday, August 4, 2018

AKTIVITI WAKTU SENGGANG

Oleh: Siti Nursabirah binti Mohd Nor
Gambar: Aaron Aidil bin Syazwan

Pada 3 Ogos 2018, ADSKN telah mengadakan aktiviti untuk mengisi masa lapang. Aktiviti ini diadakan di tapak perhimpunan SK Nyalas. Aktiviti ini dilakukan untuk mengisi masa senggang pelajar asrama pada hujung minggu. Akviti ini telah dikelola oleh Biro Asrama Desa SK Nyalas. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah 'passing' bola, Malaysia Boom, membina ayat majmuk dan Doktor Quack Quack.






Monday, November 27, 2017

LAWATAN ASRAMA KE KIDZANIA KL, 2017

Sekitar lawatan ADSKN ke Kidzania Kuala Lumpur. Mendedahkan murid tentang pengalaman kerjaya yang terdapat di sana. Hand on activity yang dapat memupuk minat pelajar serta pengalaman yang mengujakan.







Thursday, November 2, 2017

AKTIVITI PASCA UPSR 2017

Gambar sekitar aktiviti pasca UPSR. Aktiviti ini bertujuan untuk mengisi masa lapang murid Tahun 6 yang telah menjalani peperiksaan UPSR dan menggalakkan murid untuk beriadah. Akitviti ini juga dapat memupuk semangat kerjasama antara pasukan.




Thursday, August 24, 2017

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2017 ADSKN

Persediaan menyambut bulan kemerdekaan tahun 2017. Murid-murid bergotong-royong mrnceriakan kawasan asrama dengan jalur gemilang. Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan antara murid asrama.







Saturday, January 21, 2017

LAWATAN PELAJAR ASRAMA DESA SKN KE PULAU LANGKAWI 2016

Pada 1-4 November 2016, Asrama Desa SKN telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Pulau Langkawi, Kedah yang melibatkan kesemua pelajar asrama tahun semasa untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman kepada para pelajar selain memberi pendedahan dunia luar kepada pelajar asrama. 



Thursday, January 19, 2017

SELAMAT DATANG


Selamat Datang ke 
BLOG RASMI ASRAMA DESA SK NYALAS, MELAKA.